Panduan Menyusu Botol


Apakah keperluan asas ?

Anda perlu membeli:

  1. Sekurang-kurangnya 6 botol
  2. Sekurang-kurangnya 6 puting
  3. Susu formula
  4. Peralatan steril
  5. Berus khas untuk mencuci

Jenis-jenis Botol Susu

Botol biasa

Kelebihan
  • Murah dan senang didapati 
 
Keburukan
  • Menyebabkan bayi anda menghisap angin yang terperangkap dalam botol ketika menyusu
  • Oleh itu perlu 'menyendawakan' anak anda setiap kali selepas menyusu botol. Jika tidak, bayi akan kembung perut, muntah dan sebagainya. Ini dipanggil 'colic'.
  • Perlu menukar botol sekerap mungkin kerana botol biasa mengandungi Bisphenol A (BPA).

Jadi, mengapa masih menggunakan botol biasa walaupun murah? Jika anda berfikiran jauh, sudah tentu anda tidak membeli botol biasa untuk anak. Apakah pilihan selain botol biasa yang punya banyak keburukan ini ?