Panduan Menyusu Botol
Apakah keperluan asas ?
Anda perlu membeli:
- Sekurang-kurangnya 6 botol
- Sekurang-kurangnya 6 puting
- Susu formula
- Peralatan steril
- Berus khas untuk mencuci
Jenis-jenis Botol Susu
Botol biasa
Kelebihan
- Murah dan senang didapati
Keburukan
- Menyebabkan bayi anda menghisap angin yang terperangkap dalam botol ketika menyusu
- Oleh itu perlu 'menyendawakan' anak anda setiap kali selepas menyusu botol. Jika tidak, bayi akan kembung perut, muntah dan sebagainya. Ini dipanggil 'colic'.
- Perlu menukar botol sekerap mungkin kerana botol biasa mengandungi Bisphenol A (BPA).
Jadi, mengapa masih menggunakan botol biasa walaupun murah? Jika anda berfikiran jauh, sudah tentu anda tidak membeli botol biasa untuk anak. Apakah pilihan selain botol biasa yang punya banyak keburukan ini ?



















